Wednesday, 16 February 2011

:: Last Memory With ACAQ ::

pagi ni sekitar pukul 4 ke 4.30 pagi merupakan minggu pertama pemergian salah seekor kucing family aku yg diberi nama ACAQ!..nama ni diberi sempena warna pada badan dia yg bercampur..minggu lepas tarikh 9hb Februari 2011 merupakan hari terakhir aku melihat Acaq masih hidup dan pada hari yg sama juga aku dengan mata kepalaku melihat acaq pergi bt selama-lamanya..


Acaq tengah tido..dan masa masih sihat.. :-)


aku akui dia sama saja spt kebanyakkan kucing yg pernah aku dan keluarga bela cuma apa yg agak aku kesali kerana cara dia mati berbeza dgn yg lain..acaq mati dlm keadaan yg agak menyedihkan dan tanpa disangka2 begitu kesudahan hidup dia..

mengimbas kembali kejadian di pg tu..aku tido xla awal sgt..tp mungkin ini telah ditakdirkan utk aku mendengar dan melihat sendiri bagaimana acaq yg mungkin sudah tertulis akan pergi dibaham si anjing sial tiba2 malam tu dia sekor ja tido diluar..tp bg aku dan keluarga x menjd suatu yg pelik sbb kucing2 dirumah kekdg tido dlm umah kekdg diluar..terigt kembali beberapa hr sblmnya, acaq agak rapat dgn aku dan family..kemana kami pi dia mesti ada terutama bila kami bermain dgn kucing yg lain..dia seakan2 mahu kami memegang dia juga..mungkin ini tanda dia akan pergi bt selamanya.. :'(

...selain tu dia juga semakin kuat mkn..sedangkan sblm tu selepas dia keguguran dia kurus dan kurang mkn..bg kami itu mungkin satu berita baik bila dia semakin berselera..sekurang2nya makin hari dia makin sht kembali..syukur la..sangka kami dia akan semakin sht dan gemok kembali spt dulu..namun langsung x terduga oleh kami malam tu..masih aku igt dlm pukul 11-12 mcm tu masa aku, mak dgn akak aku bersembang2 sambil bermain kucing baru dan tomot dlm bilik acaq dtg msk dan duduk dihujung tilam aku..masa tu aku tgh bermain dgn tomot dan 2 ekor anak kucing baru yg kami jmp dan bawa balik..kesian pulak rasa dihati aku bila tgk acaq xpun aku peduli..atas belas ihsan aku usap kepala dia dan dia menunjukkan aksi manja dia dan merengek minta sesuatu..x aku sangka itulah kali terakhir aku pegang dia tika dia masih bernyawa..


Bagai kasih seorang ibu...Acaq sygkan adiknya Titik dan 2 ekor teman baru Belang dan Oyen @ Miera..tidur bersama..



lalu bila acaq merengek mak aku pun suruh aku bg dia mkn..mgkn lapar kot..tanpa buang masa aku terus panggil acaq ke luar pi ke tmpt mkn..aku bg dia mkn whiskas..ada hikmah juga kami bawa balik 2 ekor anak kucing tu..kami belikan anak kucing tu whiskas dan kebetulan kucing2 lain kt umah pun suka mkn termsklah acaq..malam tu berselera betul dia mkn..seronok tgk dia..dalam hati sentiasa berdoa agar dia kembali sht spt dlu sbb acaq mmg asalnya gemok sblm dia mula x sht, jarang2 balik umah dan selepas keguguran awal tahun dlm bulan Januari lalu...selepas bg dia mkn spt biasa la..terpulang kpd kucing tu sndri la nk tido dlm umah or luar..mak aku mulanya pgl acaq msk tido dlm umah tp dia xda pulak..jd xpela dia pun hari2 sblm tu mmg tido luar..dan xdak apa2 berlaku..

TAPI...x sangka hari tu merupakan hari yg malang bt acaq apabila dia diserang oleh 3 ekor anjing di belakang umah dan diseret smp ke jalan depan..dan sedihnya aku sendiri melihat acaq dikerumuni anjing2 jahat tu dr dlm umah..masa tu aku dlm sedar x sedar terdgr bunyi zink lebihan bt atap umah kucing tu berbunyi..sangka aku mungkin ada kucing yg terpijak atau ada org jahat yg cuba mengganggu!!..berdegup kencang juga jantung aku masa tu w'pun dlm sedar x sedar tu..tp nyata ia bkn manusia yg pijak zink tu apabila dgn sepantas kilat tiba2 aku terdgr bunyi anjing menyalak dgn kuat sekali..terdgr juga bunyi cakaran kuku anjing sedang bergelut disitu..x terfikir pulak aku mereka sedang merebutkan habuan yg aku syg dan kenali...lepas terdgr bunyi anjing menyalak dgn kuat w'pun x tahu anjing2 tu tgh berebut utk mendptkan acaq sbg mknn aku terus cpt2 bangun dr tido w'pun takot sgt dgr anjing menyalak dgn kuat mcm tu..smbl bangun aku kejutkan akak yg tido di atas katil..nasib akak pun cpt bgn bila aku ckp ada anjing kt luar umah..aku pula terus ke tepi tingkap dan buka skit tirai dan masa tu aku nmpk 3 ekor anjing sedang bergelut merebutkan sesuatu..aku igt sampah mknn dr mana2 yg depa jmp dan berebut disitu..


Acaq letih tertido di depan pintu ..x kisah di ganggu adiknya Titik..pijak perot pun dia x kisah w'pun dia baru lepas keguguran dan kurus..


tanpa berlengah aku dgn akak terus berlari ke pintu depan utk halau anjing tu..aku dlm keadaan separuh sedar masa tu terus buka pintu sambil menghalau anjing2 tu..masa tu juga aku nmpk dgn jelas salah seekor anjing tu sedang menggigit binatang spt kucing sambil anjing tu berlari ke depan jalan..aku tanpa berfikir panjang terus keluar ke tmpt letak kereta dan tanpa mengira waktu dgn suara yg kuat aku terus jerit menghalau anjing2 tu..dlm hati aku dah x sedap hati..siapa mangsa anjing2 tu..sekor dr anjing tu ntah kemana menghilang, sekor lagi berlari ke arah lumah long jah..sekor lagi yg td menggonggong habuannya tu seakan xmahu lepaskan mangsanya..tp dek kerana takot dgn suara aku kot halau dia dan kwn2 yg lain pun sudah melarikan diri lalu anjing terakhir tu pun tinggalkan mangsanya ditengah jalan tu dan berlari melalui arah yg sama mengikut anjing kedua td..melalui tepi rumah longjah..lega rasanya anjing2 tu dah pi tp rasa geram dihati rasa panas meruap2 dlm badan aku..terigtkan mangsa anjing tu td..klau siang hari mau saja aku ligan anjing2 tu dan baling smp mampos!!!..

lps dah anjing2 tu pergi jauh aku terus cari akak aku yg td msk kejutkan mak..lucu pulak bila aku ajak akak pi ke jalan...dia sangka nk bt apa ag pi ke jalan dah anjing2 tu dah lari (masih bermimpi agaknya akak aku time ni..huhu)..tp dia x tahu rupanya anjing tu dah baham sesuatu..dan aku yg dah sedar masa tu rasa amat sedih dan terkejut yg teramat sgt bila dari jauh aku dpt lihat susuk tubuh mangsa anjing td..dan aku amat pasti ia adalah Acaq kucing belaan aku sekeluarga..tanpa tgu lama aku terus ajak akak aku pi ke jalan dan semakin dkt aku dgnnya mangsa anjing tu semakin pastilah yg ia adalah acaq..dan serta merta tu jugak lah airmata aku mengalir bila melihat tubuh acaq yg semakin lemah..aku menangis kesedihan dan xdpt menerima apa yg aku lihat masa tu..hati aku bertambah hangat!! sial punya anjing 3 ekor tu..rasa cm nk ja aku baling smp mati terseksa mcmmana kucing aku tu mati..

keadaan acaq xla luka teruk cuma terdpt kesan digigit anjing tu saja..tp ya la dia dah memang lemah jd bila dibaham semacam tu mana lah dia mampu bertahan..akhirnya dlm masa x smp pun 3 minit acaq akhirnya menghembuskan nafasnya yg terakhir pg tu didepan mata aku dan akakku dgn mata yg masih terbuka di tengah2 jalan tu..Acaq pergi utk selamanya..Acaq dah MATI!!! sedih bila terkenangkan apa yg berlaku..sebolehnya nk saja apa yg aku lalui, dgr dan lihat serta rasa pd minggu2 acaq masih hidup..diserang hingga lah dia mati dan ditanam nk aku tulis disini sbg kenangan..xpernah2 kucing aku mati dlm kejadian spt tu..sedih sgt..tp jika aku tulis sepenuhnya ia hanya akan membuatkan hati aku semakin sebak dan semakin sukar utk melupakan kejadian tu..aku xmahu terus bersedih..

utk acaq..syukur alhamdulillah w'pun aku xdpt nk selamatkan dia tp aku xmenyesal sbb hari2 terakhir dia bersama aku dan keluarga kami jaga dia sebaiknya..malah malam tu kami bg dia mkn secukupnya smp dia berhenti mkn sndri..cuma nasib x baik bt diri dia malam tu..apapun spt yg mak aku ckpkan..sedih tu mmg la sedih sbb dia mati mcm tu..dlm keadaan yg xpernah dijangka akan berlaku w'pun anjing mmg pernah lalu kwsn umah kami..tp sekurang2nya dia x terus terseksa..klau acaq masih hidup dan nyawa2 ikan ssh juga tu..kami nk jaga dia pun da xboleh pgg sebarangan..nk bg dia mkn pun ssh balik..yela takot terpegang air liur anjing pulak..dan yg pntg acaq x perlu terus menanggung seksa sakit yg ntah apa dia rasa masa diserang 3 ekor anjing tu..hanya acaq n Allah yg tahu..dan siangnya bila hari dah cerah aku dan mak gali kubur utk acaq..kami tanam dia sebaiknya..w'pun sedih dgn apa yg berlaku pd acaq tp sekali lagi kami bersyukur sbb dia x terus terseksa..sekurang2nya kami cuba nk selamatkan acaq, cuba halau anjing tu agar kami dpt bantu acaq rawat acaq (sekiranya ditakdirkan dia dpt terus hidup), dan bila dia mati kami tanam dia sebaiknya..sekurang2nya kami tahu dia dah mati dan x terus dilarikan oleh anjing2 tu..jika dia dibawa lari terus mlm tu ag sedih rasanya hati aku ni yg menyaksikan semua tu saat2 terakhir hayat acaq dan pastinya jika acaq dibawa lari kami xtau apa nasib dia selepas tu..

lastly, for our lovely cat ACAQ..kami semua syg acaq..cuma maaf sbb xdpt nk selamatkan acaq..we try to do our best for u but we can't..so sorry..whatever we always pray for u there..hope u rest in peace there..we love u..we love u forever and never forget u..our lovely cat...ACAQ!!~


Acaq dalam kenangan..RIP forever!~ Love u ACAQ!!!

2010 - 9hb February 2011 ... :'(



:: Rezeki dan nikmat dariNya..syukur alhamdulillah ::

hurm lama juga since msk thn baru 2011 ni aku x updated blog ni..huhuhu biasa la nk kata bz sgt dgn keja kt umah ni x sgt pun..tp kekdg tu rasa xda apa yg nk di storykan (bahasa apa ni..rojak sakan..huhu)..xde apa yg menarik pun..
thn baru da lama menjengah..start 16hb Oktober 2010 lalu hampir 4-5 bulan dah aku jd penganggur..letih rasanya keja sat je dah kena benti..abis blaja benti..asik2 kejap2 tanam anggur..adoyai bila la nk dpt keja tetap ni..hr tu dpt keja GSTT sat rasa best juga w'pun tu bukan kerjaya kesukaan aku..w'pun keja cikgu tu bgs sgt..didik anak org jd insan yg terpelajar n berguna..cuma aku je rasa aku x sesuai jd pendidik...tp mahu x mahu sempat juga merasa tugas seorg pendidik..ok juga la..ada juga pengalaman bersama dgn cikgu2 dkt sek n pastinya dgn budak2 sekolah yg sedang membesar tu..dgn pelbagai mcm kerenah mereka..
bila terkenang blk masa kt SMK Mergong thn lepas seronok juga..awal2 pg da bgn siap2 utk pi sek..tiap2 hari Ahad ada perhimpunan..dulu time sek asik tgk cikgu2 je dok atas kerusi di tapak perhimpunan..but this time aku pulak...cukup masa masuk kelas ajar budak2..time ujian or exam jaga budak2 dlm kelas..prepared kertas ujian n exam final..teruja juga..tp semua tu dah berlalu..sesghnya w'pun kerjaya sbg guru bkn pilihan aku tp not bad..gaji dan pengalaman yg aku dpt cukup berharga sekali..thanks to God for giving me the best moment at SMK Mergong start Mac until October 2010..i'll never know that i can going through all this..tq3 God..
skrg ni lepas da beberapa bulan xdak keja ni mula la hati resah..yela before this w'pun keja sbg GSTT tu sementara tp gaji yg diberikan not bad..for me bnyk juga tu klau nk dibandingkan dgn xdak pengalaman pun sblm tu sbg guru..bila xdak pendapatan dah skrg ni xdak keja bosan juga..nk kemana2 klau xdak duit ssh juga..rasa x seronok pulak nk kena mntk dkt org duit perbelanjaan..ada duit sndri lain skit..nk pi mana pun ok ja..nk beli apa2 pun xdak hal..duit sndri ada..xyah sshkan org lain..agpun berbeza bila apa2 perbelanjaan guna duit sndri dgn yg org bg ni..dgn duit sndri rasa lbh teruja utk beli atau guna lbh sentimental value..yela kita tau cmna ssh senang nk dptkan duit tu..depend dgn org bg.. sebaliknya..
kekdg terfikir pulak org pun mesti perlukan duit tu utk kegunaan sndri..umo pun bleh kira muda ag..still diberi kesihatan yg baik..boleh bekerja..jd aku pun nk la usaha sndri ada keja utk dptkan duit sndri agar xperlu ag aku susahkan mak, abah n adik beradik yg lain...depa pun bnyk benda nk kena tanggung..jd klau aku ada keja ada duit sndri aku xperlu risau ag..apa aku nk beli aku xperlu mntk dkt sapa2 ag..dan yg pntg kepuasan yg aku dpt..x ternilai harganya..
selain tu bila dah ada pendapatan sndri aku pun sesekali bolehla guna utk belanja fmly aku ke kan..tu pun satu kepuasan juga..yela hasil usaha keja aku dpt aku kongsi skit dgn fmly w'pun xbnyk..spt mana depa belanja aku sblm ni juga la..dpt la balas jasa depa w'pun xbnyk..sebenarnya aku syg duit aku tp bila sesekali aku dpt belanja fmly rasa seronok juga..bila tgk depa happy..rasa puas w'pun duit tu abis..kekdg depa nk hutang tp aku ikhlas belanja..aku saja xnk amik sbb selain nk balas jasa depa bg aku tu juga adalah sedekah aku pd depa..mudah2an murah rezeki aku lps tu..tp mgkn btol juga..bila aku tgk blk..renung2kan semula mmg x rugi bila kita bg sesuatu dgn ikhlas kan.. Allah akan gantikan kpd kita rezeki yg xputus2..aku sndri skrg ni w'pun xdak keja tp rezeki pd aku xpnh putus..mgkn ini balasan yg Allah bg atas keikhlasan aku belanja fmly w'pun nilainya skit ja dulu masa aku ada keja..alhamdulillah..
semoga aku terus diberi rezeki dan peluang kerjaya yg lbh baik..mudah2an aku dpt beri lbh bnyk kebaikkan kpd org lain..dpt bantu dan gembirakan ht org lain ag nt..cumanya skrg ni aku ternanti2 sama ada permohonan aku utk keja yg aku pohon tu nk dpt ke x ja..harap tu dptla nt..bila ada keja ht senang la skit..xyah sshkan org len utk tanggung diri aku..dpt la aku belanja fmly aku pulak..and aku pastinya dpt beli apa yg aku nk dgn hasil usaha aku sndri..dpt pi mana2 saja..aku doakan agar Allah mendengar isi hati aku ni agar dipermudahkan segala urusan hidupku..diperkenankan doa aku agar diterima bekerja dlm masa terdekat serta aku mohon agar diberkati setiap rezeki yg aku dpt dan aku gunakan ia kejalan yg baik semuanya...amin..

Saturday, 1 January 2011

:: SELAMAT TAHUN BARU 2011 ::

Selamat tinggal tahun 2010..pergilah meninggalkan 1001 bermcm kisah suka dan duka sepanjang 365 hari merentasinya...tutup buku lama buka buku baru..


disepanjang tahun 2010 sama seperti org lain bnyk dugaan suka dan duka aku lalui..kenangan pahit manis bermcm2 aku lalui sbg hambaNya...biar suka biar duka aku tempuhinya dgn penuh kesabaran mudah2an ia akan berganti dgn cahaya ketenangan, kegembiraan dan kebahagiaan..sesungguhnya segala dugaan itu adalah utk mendidik aku menjd seorang yg lbh baik, lbh dewasa dan lbh bersyukur dgn apa yg dikurniakanNya...

kehadiran tahun baru 2011 ni aku harapkan akan lbh baik..dr segi perjalanan hidupku, kerjaya, jodoh, dr segi pengetahuan agama ilmu dunia dan akhirat..sebolehnya dr segala segi..kerana aku jua seperti insan lain mengharapkan kehidupan yg lbh baik hari demi hari dan diberkati olehNya selalu...biarlah kehidupan dunia dan akhirat seimbang..mudah2an aku jua akan diberi hidayah sptmana insan terpilih yg lain..niatku sama spt insan lain yg inginkan kehidupan yg lbh baik dan tenang serta bahagia..mudah2an didengari olehNya..amin..

apapun yg terjd aku mesti kuat berusaha..jika nk dikira ttg azam mmg bnyk dlm senarai..tp bg aku apa yg pntg setiap apa yg aku lakukan haruslah dgn usaha yg gigih..jika senarai saja tp x berusaha x guna juga..10-20 thn ag pun xkan tertunai..bgku setiap yg aku lakukan adalah azamku..aku harus berusaha yg terbaik...dan pabila ia berjalan dgn lancar n berjaya bermakna tercapai sudah azamku...

mudah2an tahun baru 2011 yg baru menjelma 2 jam yg lalu dan hari2 yg mendtg akan disinari keberkatan hidup olehNya dan dilimpahi hidayahNya..amin..amin yarabbalalamin..

Monday, 27 December 2010

:: Persoalan misteri yg belum terungkai ::

mcm2...mcm2 perangai org zaman skrg ni..kekdg x terduga ada yg berani bertindak mcm tu...ptg td dlm pukul 3 cmtu ada sebuah keta msk ke kwsn umah n kononnya mencari tuan empunya keta viva yg dtg ke umah fmly aku tanpa alasan yg munasabah...

keta tu milik salah seorg rakan sekerja abah aku..td depa (mereka) nk pi (pergi) ke Baling atas urusan kerja lalu sgh ke umah fmly aku..sbbnya depa akan nek keta abah aku ke sana..mulanya x menjd masalah ler sbb kekdg mmg cmtu..kwn2 abah aku akan mai (datang) tgl keta di umah dan kongsi keta ke tmpt mereka nk tujui...jd x heran (hairan) la bila kwn2 abah aku tglkan keta xde apa2 atau sesapa yg dtg mencari tuannya..tp...tp kali ni sedikit berbeza...

x sangka pulak aku keta yg aku nmpk msk ke kwsn halaman unah tu bukan keta abah...yela sbb keta tu sama jenis dgn keta abah aku..so, aku igtkan abah dgn kwn2 dia da balik la..aku pun bt derkk jela..aku pulak dgn mak n akak tgh siap2 nk keluar..tp x kisahla klau abah da balik sbb kunci umah mmg abah dah ada..tp agak menghairankan aku dgn akak bila mak msk ke bilik n bgtau ada org dtg cari tuan keta viva tu...mula2 terdetik dlm ht aku...tuan dia x byr duit ansuran bulanan da lama kot..agaknya nk kena tarik la tu..bila aku tnya pd mak...mak jwb "org tu ckp dia nk cari tuan keta viva tu...depa ada bt kempen keselamatan jalanraya"...aikkkkkkk...pelik...kot ya pun bt kempen apasal keta tu yg jd sasaran..satu2nya saja...dlm kwsn kg lak tu..tau lak depa keta tu kt umah aku...kenapa x cari keta yg dkt jalan atau area town yg mana berlambak ag keta ada..org pun ramai..rasanya lbh sesuai la..pelik2..mesti ada kes lain ni...

hati kami bertiga pun rasa x sedap da ni...apa kes sebenarnya...yg bertambah pelik tu..lepas org tu ckp depa ada bt kempen keselamatan jalanraya mak aku tunjukkan 1 ag keta kwn abah aku yg sama2 pi ke Baling tu..then terus org tu nk berlalu pi and sambil ckp xpe2..nt ptg syg dtg ag...kenapa cpt lak nk pi..xmau wt kempen gak ke? keta gak tu...fmly aku pun pakai keta gak...x rasa nk kempen sama ke...xkan pk keselamatan tuan keta viva tu je...so nmpk sgt la org tu mmg mencurigakan sgt...

ermm cmna nk bt ni..kami da siap nk keluar..ada pulak org yg pelik dtg umah..takot juga la mana tau org tu bt apa2 pd keta tu masa kami keluar...nasib la mak call bgtau abah..dan bila abah blk td mak tnya ttg kes keta tu..abah kata lepas mak call ptg td abah terus tnya pd pemilik keta tu ada apa2 kes ke dgn keta dia tu or ada tertunggak bayaran bulanan ke smp org dtg cari..tp kata tuan keta tu xde apa2 kes la...bayaran bulanan pun da settle tiap2 bulan..and dia xde terlibat dgn apa2 pun kempen pun..ermmm bertambah ag keraguan terhadap org yg dtg siang td..sapelah agaknya dia tu...and apa yg dia nak..apa tujuan dia fokus pd keta tu saja..klau nk curi keta tu rasanya lbh baik pi cari keta yg mahal2 ag kt tmpt len tu..ni viva je..bukan la nk perlekehkan keta org tu tp yela ikut akal fikiran klau nk curi antara keta mahal dgn murah baik la yg mahal ye x...klau kena cekup berbaloi la juga kan...huhuhu..

skrg ni xtau la..apa sebenarnya tujuan org tu..takot juga klau dia cuba apa2kan kwn abah tu..manusia zaman skrg ni mcm2 yg berani dibtnya..klau org yg dtg td penarik keta tentu terus terang ja dia bgtau...tp ckp ada kempen..tp bila nk disoal olek mak lbh lanjut dia pun terus nk blah...ntahla satu persoalan yg masih tiada jawapan pd kami semua...cuma mohon aku pada Allah agar klau org yg dtg tu mmg xde niat buruk agar ditunjukkanla kebenaran dia dtg ptg kelmarin...andai dia berniat jahat mohon agar dia batalkan niat buruk dia tu..x kira la pd siapa pun...mntk2 Allah jauhkan kami semua dr perkara2 yg x diingini selalu dan dpt memberi jawapan kepada persoalan yg buat kami terpinga2..siapakah lelaki tersebut dan kaitannya dgn pemilik keta dan viva tu???

masa td pun mak x dpt nk tnya dgn lbh lanjut pd org yg dtg tu..kenalkah dia dgn tuan empunya keta tu...sapa nama dia...apa no telefon dia n x terfikir nak ambil no kenderaan dia...nmpknya lepas ni kena lbh berhati2..maklumat cmtu penting sebenarnya...tp yela bila perkara pertama kali berlaku x siapa akan terfikir utk mendapatkan maklumat tu semua..so mulai skrg perlu diingati bila ada org yg x dikenali dtg ke rumah...1st mesti catat no plat kenderaan dia..x kirala motor ke keta ke lori ke..beserta dgn warna atau kenali kenderaan model apa yg digunakan..2nd ambil maklumat ttg org yg dtg tu...spt nama, no telefon utk dihubungi, apa kaitannya dgn sapa atau apa yg dicari..mengenai kita atau brg2 hak milik kita dan ahli keluarga atau sesapa kenalan yg tglkan brg2 mereka ditmpt kita...3rd..seboleh2nya dptkan lbh maklumat ttg org yg dtg dgn apa yg dicari..klau boleh investigate ala2 polis skit..hahaha...plg pntg klau dtg dgn kenderaan maka ambillah no plat kenderaan dia supaya senang utk dicari siapakah gerangan org tu..sbbnya klau tnya nama atau no telefon mgkn ssh nk diberi...tmbh2 klau yg pengecoh (penipu)..tp no plat keta mgkn boleh disemak kemudian...tahu sapa pemiliknya tahulah apa kaitannya nt...klau no plat tu salah dan bila diperiksa sah2 bukan milik org tersebut maka mmg sah2 juga la org yg dtg mencari tu penyamun..penyangak..penipu..dan bermcm2 peee ag la..

oleh itu berhati2lah pd semua...sentiasa beringat...tmbh2 pd mereka yg tinggal berseorangan..kdgkala kita juga boleh jd sasarannya...mana yg sempat org jahat ni sapu je..len yg di aim len yg dpt pun depa x kisah...yg merana sapa? kita juga...tp misteri kedtgan lelaki td yg mencurigakan tu mmg agak menakutkan kami..w'pun bkn kami yg dicari ttp takut juga la sbb ia berlaku dlm kwsn umah kami...mudah2an persoalan ini akan terjawab nt dan mudah2an x ada apa2 yg x diingini berlaku pd tuan empunya keta viva, kwn abah aku tu mahupun aku dan keluarga...selamatkan la hambamu semua ni ya Allah...amin3!!~

:: Awan Dania one of my favourite drama ::

Awan Dania...hurmm this is one of my favourite drama..

kisah Awan Dania adalah ttg cita2 seorang gadis bernama Dania yg bercita2 utk menjd seorang pramugari yg berjaya...watak yg dipegang oleh Scha Al-Yahya ni mmg best..menjd dan nmpk natural..i like it..mmg kena atau sesuai la dgn dia..

skg da msk musim yg ketiga..actually cte ni bkn hanya berkisarkan ttg kehidupan Dania shj tp turut menyampaikan kehidupan seorang pramugari..drpd mula2 msk kelas belajar ttg tugas2 pramugari smp la menimba pengalaman dr 1 syarikat penerbangan ke syarikat penerbangan yg lain..utk musim kali ini menayangkan Dania mengorak langkahnya sbg pramugari kpd golongan elit yg mana mempunyai jet peribadi..Dania mnjd pramugari kpd ramai tokoh2 korporat apabila mereka terbang ke mana2 disamping mempunya pelbagai ragam tersendiri..

spt biasa dr musim lalu Benjy lakonan Jehan Miskin masih ag berusaha menambat hati Dania..kali ni dia cuba merahsiakan yg dia mempunyai saham dlm syarikat Dnest tmpt Dania bekerja skrg..Kehadiran seorang anak tokoh korporat Akmal lakonan Gambit Saifullah iaitu seorang kasanova menjd penyeri musim kali ini dan mungkin juga lawan kpd Benjy nt..sapa tahu kan..kita tgk la kesudahannya mcmmana nt...

musim kali ni juga menampakkan kehadiran ramai pelakon2 hebat spt Dynas Mokhtar, Memey Suhaiza, Gambit Saifullah, Zain Saidin, dan ramai2 ag disamping mengekalkan pelakon2 lama iaitu Scha al-Yahya, Mustapha Kamal, Irma Hasmie dan beberapa org ag la..x sabar rasanya nk melihat sambungan kisah Awan Dania ni minggu depan..so sama2 la kita tonton sambungannya pd hari Isnin minggu hadapan jam 9 malam di Astro Ria...apa agaknya kesudahan kisah awan Dania nt..xnk difilemkan ke pulak?